Khamis, 17 Disember 2015

Kawan

           Assalamualaikum, dan selamat sejahtera semuaa... Apa khabar? sihat ? atau sebaliknya? oklah, tak nak buang masa dan cerita pajang, jadi hari ini saya nak ceritakan tentang kawan.. Anda semua pasti ada kawan kan? tidak kiralah anda lelaki atau perempuan..semua tidak terkecuali.. Ok, kat sini saya nak kongsi sikit macam mana kalau kita nak tahu kawan kita ni baik atau tidak..

         Pertama, kawan ni mesti orang yang mengajak kepada kebaikan, bukan kejahatan... Contohnya kalau kawan kita tu ajak kita buat sesuatu yang kita tidak suka/jahat macam menipu.. Katalah, si A ini seorang yang tidak reti menipu,tapi si B ni pandai meipu.. Satu hari, mereka berdua tidak siapkan kerja assignment, tapi pensyarah dah minta n suruh hantar assignment tersebut.. Si A ingin berterus terang dengan pensyarah ,tapi si B menghalang, malah mengajar si A untuk turut menipu sama.. Jangan, maka ini kawan yang kurang baik.. 

         Tapi, kalau kawan kita ini seorang yang sering tanya kita sudah solat ke belum? ajak solat berjemaah dan sebagainya,maka itulah kawan yang baik dan kita selamat berkawan dengannya..



Image result for kawan


        Seterusnya, kawan yang betul-betul baik, dia tidak akan ceritakan perkara buruk tentang kita pada orang lain sebab dia boleh terima segala baik dan buruk seseorang kawan tu dengan seadanya. Tapi, kalau kawan tu depan kita dia baik, tapi belakang kita, dia cerita buruk tentang kita pada orang lain, silap-silap tu dah jadi kes mengumpat dan kalau ditokok tambah perkara buruk itu, boleh jadi fitnah.. Nau'zubillahi min zaalik.. Semoga kita dijauhkan dari kawan sebegini dan kita pun tidak jadi kawan seperti ini..


Image result for kawan


           Akhir sekali, kawan yang baik akan tolong kita bila kita susah.. Dia akan hulurkan bantuan seadanya walau apa jua sekalipun .. Contohnya, bila kita tidak sihat dan termuntah secara tidak sengaja di dalam bilik, maka seorang kawan ini akan menjaga kita dan dia akan lap sekali muntah kita di lantai.. Itu, betul-betul seorang kawan yang baik sebab tidak semua kawan akan buat sebegitu , dan mungkin 1 dalam seribu yang berani lap dan bersihkan muntah kita yang hanya kawannya sahaja.. 







      Harapnya, perkongsian ini sedikit sebanyak membantu kalian untuk mengenali kawan kalian..  Tapi , kalau anda dapati kawan anda seperti tidak beberapa nak baik, jangan pula anda tinggalkan dia terus, anda cuba nasihat dan tegur dia dahulu kearah kebaikan. Kalau kawan anda terima nasihat anda, kawan dengan dia sepeti biasa, tapi jika sebaliknya, terpulang pada nda untuk masih berkawan dengannya atau tidak..   Sekian sahaja dari saya, Assalamualaikum, jumpa lagi dan jaga diri..








Selasa, 15 Disember 2015

Tips hilang pening kepala

             Assalamualaikum , dan selamat sejahtera semua... apa khabar? bagaimana hari anda hari ini?  Memandangkan hari ini saya pening kepala, apa kata saya sharekan tips untuk kesan dan cara pencegahan sakit/ pening kepala.



Image result for pening kepala




Ok,pertama, kalau sakit kepala tu di bahagian depan, ubatnya anda perlu dapatkan tidur. Mungkin puncanya adalah kerana anda kekurangan tidur. Seterusnya, kalau anda sakit kepala di bahagian atas kepala, ubatnya anda perlu makan atau minum air kosong.Ini mungkin disebabkan anda kekurangan air di dalam tubuh .Ahir sekali, kalau anda sakit kepala di bahagian belakang kepala,  itu adalah salah satu tanda anda stress atau tertekan.  Oleh itu, anda perlulah hilangkan stress tersebut dengan cara anda sendiri atau yang anda sukai , dan insya Allah, sakit kepala yang anda hadapi akan hilang..

         
            Harapnya tips yang saya kongsikan tadi sedikit sebanyak dapat membantu anda atau insan sekeliling anda untuk hilangkan sakit kepala.. Sekian sahaja dari saya hari ini ,jaga diri dan semoga kita berjumpa lagi.. Wassalam..


Image result for pening kepala







         

Isnin, 14 Disember 2015

Jujur&Menipu

       Assalamualaikum, dan selamat sejahtera semua.. :) .. apa khabar ?Adakah anda semua sihat?? bagaimana hari anda hari ini?
gembira ? sedih? atau rasa nak marah? apa-apa pun bawa bertenang,, jangan risau.. Allah tak akan uji sesorang hamba itu melebihi kemampuannya sendiri dan setiap yang berlaku ada hikmahnya.. :)

       Oklah, tak nak cakap panjang2.. Sebenarnya hari ni saya nak sampaikan tentang jujur.. Sebab jujur ni berkait rapat dengan bohong atau menipu secara tak langsung.Saya yakin ada antara kita pasti pernah berlaku tak jujur pada diri sendiri, ibubapa dan sebagainya.. termasuklah diri saya sendiri..tapi itu kisah dulu..hehe..


            



     Saya nak tanyalah kan,di dunia ini,berapa ramai orang yang betul2 jujur? tidak kiralah pada ibubapa , kawan, guru, mahu pun diri sendiri?  dan saya hairan kenapa seseorang tu tak nak berlaku jujur?  Apa motif seseorang itu buat macam tu dan yang paling penting apa kesan yang dia dapat kalau dia menipu dan tak jujur?

      Sebab seseorang itu berlaku tidak jujur sebab dia hendak melepaskan sesuatu tanggungjawab atau kadang kala ingin mengambil kesempatan terhadap peluang atau perkara. Pernah satu ketika ,ada orang iaitu kawan saya sendiri beranggapan dan berkata pada saya macam ini " dalam hidup ni, kita tidak boleh terlalu jujur, baik, naif dan jahat, sebab nanti ada orang yang akan pijak kepala kita " memang ada betulnya apa yang dia kata, tapi pada pandangan saya "kita tidak boleh terlalu jujur " itu adalah salah..



       



       Kenapa kita tidak boleh jujur? Nabi Muhammad S.A.W pun seorang yang jujur sehinngakan Rasullullah digelar 'Al -Amin' disebabkan kejujuran baginda. Apa salahnya kalau kita jujur dalam hidup walau apapun yang berlaku ? dan kenapa perlu kita menipu?dan yang paling saya tidak sangka ada di antara kita sanggup menipu keluarganya sendiri terutama ibu dan bapa walhal tanpa mereka  dan kehendak Allah,kita tidak akan ada didunia ini.. 
     
         Kita perlu ingat, hormat ibubapa adalah salah satu jalan ke syurga, dan redha Allah terletak pada redha ibubapa.. Kalau kita sudah menipu ibu dan bapa kita sendiri, di mana kita hendak mencari redha ibubapa apatah lagi redha Allah ?   
       
      Ingat, Allah tahu apa yang kita lakukan walaupun ibubapa tidak tahu apa yang kita lakukan di belakang mereka.  Kalau denan ibubapa pun kita boleh menipu, apatah lagi dengan orang lain? Seluruh hidup penuh dengan penipuan..Nau'zubillahiminzalik .. 

    Walau berjaya manapun kita nanti, tapi dengan menipu/tidak jujur, keberkatan Allah dalam segala apa yang kita lakukan akan hilang dengan kehendak-Nya..Maka tiada gunanya kalau kita berjaya tapi tiada keberkatan dari Allah disebabkan kita menipu orang lain dan dosa kita semakin bertambah jika semakin lama kita menipu.








      Akhir kalam,saya ingin menyeru kepada anda semua terutama diri saya sendiri bahawa sama-samalah kita bermuhasabah diri dan jauhkan diri dari sifat tidak jujur dan menipu ini demi mencari redha dan keberkatan Allah..  Sebagai penutup, kalau kita menipu/tidak jujur , kita akan dapat dosa.. Tapi, kalau kita berlaku jujur,kita akan dapat pahala dan sesungguhnya sunat kalau kita ikut sifat jujur baginda Rasullullah.. :) Terpulanglah,kerana segala keputusan terletak di tangan anda. Anda yang tentukan, fikir-fikirkan dan selamat beramal.. :D.. Wassalam..







     


Jumaat, 4 Disember 2015

Pentingnya Kasut

      Assalamualaikum dan selamat sejahtera, semuaa.. apa khabar? adakah anda semua sihat?
kalau sihat, ucap alhamdulillah.. kalau tak sihat, bersyukur dan ucap alhamdulillah juga kerana Allah masih memberikan kita nyawa untuk hidup di muka bumi ini.. :)

     Sebelum saya menyimpang jauh, nama saya nadhilah adlin mohd farid.. boleh panggil adlin.. :) tapi bukan yang ADLIN AMAN RAMLI tu ye, hahaha... XD..


   Sebelum tu kan,cuba anda fikir? agak-agak kenapa saya buat tajuk blog ni 'pentingnya kasut'??  ok.







    Salah satu sebabnya ialah saya selalu perhatikan ada diantara kita tidak merasakan yang kasut ni sebagai benda penting dalam hidup, apatah lagi selipar..

     Jangan pandang rendah tau dengan kasut dan selipar,sebab setiap benda yang diciptakan itu ada gunanya. Kenapa saya kata macam tu? sebab dengan adanya kasut/ seliparlah kita  bebas dapat pegi mana-mana.










     Cuba bayanagkan kita keluar rumah dan pergi kedai berkaki ayam? mesti kita tak sanggup kan sebab yang pertama , malu kerana tiada sesiapa pun yang keluar rumah berkaki ayam. Sebab yang kedua kaki kita akan rasa sakit kalau kita lalu dan pijak-pijak atas batu terutama sekali kalau waktu tu cuaca panas, lagi terlompat-lompat kita berjalan, dan kadang kala tapak kaki kita berkemungkinan akan luka..
  
      Maka, di sini saya ingin sampaikan yang hargailah kasut anda tidak kiralah sama ada kasut anda cantik atau tidak mahal atau murah, berjenama atau sebaliknya dan sebagainya kerana kasut mahupun selipar dapat melindungi kaki kita daripada tercedera apabila berjalan dan mengurangkan kesakitan apabila berjalan di tempat yang tidak rata, dan elakkan diri kita dari jatuh tergelincir di tempat licin dan sebagainya.


        Kesimpulannya, sekecil mana pun barang tersebut, pasti ada gunanya dan yang paling penting kita seharusnya bersyukur dengan apa yang kita ada. Kalau kita bersyukur , Allah akan menambahkan lagi rezeki kita yang kita sendiri tidak sangka-sangka. Akhir kalam, HARGAILAH KASUT ANDA .. saya undur diri dulu.. Sekian, semoga kita jumpa lagi.. jaga diri .. Assalamualaikum..




Image result for selipar