Jumaat, 4 Disember 2015

Pentingnya Kasut

      Assalamualaikum dan selamat sejahtera, semuaa.. apa khabar? adakah anda semua sihat?
kalau sihat, ucap alhamdulillah.. kalau tak sihat, bersyukur dan ucap alhamdulillah juga kerana Allah masih memberikan kita nyawa untuk hidup di muka bumi ini.. :)

     Sebelum saya menyimpang jauh, nama saya nadhilah adlin mohd farid.. boleh panggil adlin.. :) tapi bukan yang ADLIN AMAN RAMLI tu ye, hahaha... XD..


   Sebelum tu kan,cuba anda fikir? agak-agak kenapa saya buat tajuk blog ni 'pentingnya kasut'??  ok.







    Salah satu sebabnya ialah saya selalu perhatikan ada diantara kita tidak merasakan yang kasut ni sebagai benda penting dalam hidup, apatah lagi selipar..

     Jangan pandang rendah tau dengan kasut dan selipar,sebab setiap benda yang diciptakan itu ada gunanya. Kenapa saya kata macam tu? sebab dengan adanya kasut/ seliparlah kita  bebas dapat pegi mana-mana.










     Cuba bayanagkan kita keluar rumah dan pergi kedai berkaki ayam? mesti kita tak sanggup kan sebab yang pertama , malu kerana tiada sesiapa pun yang keluar rumah berkaki ayam. Sebab yang kedua kaki kita akan rasa sakit kalau kita lalu dan pijak-pijak atas batu terutama sekali kalau waktu tu cuaca panas, lagi terlompat-lompat kita berjalan, dan kadang kala tapak kaki kita berkemungkinan akan luka..
  
      Maka, di sini saya ingin sampaikan yang hargailah kasut anda tidak kiralah sama ada kasut anda cantik atau tidak mahal atau murah, berjenama atau sebaliknya dan sebagainya kerana kasut mahupun selipar dapat melindungi kaki kita daripada tercedera apabila berjalan dan mengurangkan kesakitan apabila berjalan di tempat yang tidak rata, dan elakkan diri kita dari jatuh tergelincir di tempat licin dan sebagainya.


        Kesimpulannya, sekecil mana pun barang tersebut, pasti ada gunanya dan yang paling penting kita seharusnya bersyukur dengan apa yang kita ada. Kalau kita bersyukur , Allah akan menambahkan lagi rezeki kita yang kita sendiri tidak sangka-sangka. Akhir kalam, HARGAILAH KASUT ANDA .. saya undur diri dulu.. Sekian, semoga kita jumpa lagi.. jaga diri .. Assalamualaikum..




Image result for selipar




















Tiada ulasan:

Catat Ulasan