gembira ? sedih? atau rasa nak marah? apa-apa pun bawa bertenang,, jangan risau.. Allah tak akan uji sesorang hamba itu melebihi kemampuannya sendiri dan setiap yang berlaku ada hikmahnya.. :)
Oklah, tak nak cakap panjang2.. Sebenarnya hari ni saya nak sampaikan tentang jujur.. Sebab jujur ni berkait rapat dengan bohong atau menipu secara tak langsung.Saya yakin ada antara kita pasti pernah berlaku tak jujur pada diri sendiri, ibubapa dan sebagainya.. termasuklah diri saya sendiri..tapi itu kisah dulu..hehe..

Saya nak tanyalah kan,di dunia ini,berapa ramai orang yang betul2 jujur? tidak kiralah pada ibubapa , kawan, guru, mahu pun diri sendiri? dan saya hairan kenapa seseorang tu tak nak berlaku jujur? Apa motif seseorang itu buat macam tu dan yang paling penting apa kesan yang dia dapat kalau dia menipu dan tak jujur?
Sebab seseorang itu berlaku tidak jujur sebab dia hendak melepaskan sesuatu tanggungjawab atau kadang kala ingin mengambil kesempatan terhadap peluang atau perkara. Pernah satu ketika ,ada orang iaitu kawan saya sendiri beranggapan dan berkata pada saya macam ini " dalam hidup ni, kita tidak boleh terlalu jujur, baik, naif dan jahat, sebab nanti ada orang yang akan pijak kepala kita " memang ada betulnya apa yang dia kata, tapi pada pandangan saya "kita tidak boleh terlalu jujur " itu adalah salah..
Kenapa kita tidak boleh jujur? Nabi Muhammad S.A.W pun seorang yang jujur sehinngakan Rasullullah digelar 'Al -Amin' disebabkan kejujuran baginda. Apa salahnya kalau kita jujur dalam hidup walau apapun yang berlaku ? dan kenapa perlu kita menipu?dan yang paling saya tidak sangka ada di antara kita sanggup menipu keluarganya sendiri terutama ibu dan bapa walhal tanpa mereka dan kehendak Allah,kita tidak akan ada didunia ini..
Kita perlu ingat, hormat ibubapa adalah salah satu jalan ke syurga, dan redha Allah terletak pada redha ibubapa.. Kalau kita sudah menipu ibu dan bapa kita sendiri, di mana kita hendak mencari redha ibubapa apatah lagi redha Allah ?
Ingat, Allah tahu apa yang kita lakukan walaupun ibubapa tidak tahu apa yang kita lakukan di belakang mereka. Kalau denan ibubapa pun kita boleh menipu, apatah lagi dengan orang lain? Seluruh hidup penuh dengan penipuan..Nau'zubillahiminzalik ..
Walau berjaya manapun kita nanti, tapi dengan menipu/tidak jujur, keberkatan Allah dalam segala apa yang kita lakukan akan hilang dengan kehendak-Nya..Maka tiada gunanya kalau kita berjaya tapi tiada keberkatan dari Allah disebabkan kita menipu orang lain dan dosa kita semakin bertambah jika semakin lama kita menipu.
Akhir kalam,saya ingin menyeru kepada anda semua terutama diri saya sendiri bahawa sama-samalah kita bermuhasabah diri dan jauhkan diri dari sifat tidak jujur dan menipu ini demi mencari redha dan keberkatan Allah.. Sebagai penutup, kalau kita menipu/tidak jujur , kita akan dapat dosa.. Tapi, kalau kita berlaku jujur,kita akan dapat pahala dan sesungguhnya sunat kalau kita ikut sifat jujur baginda Rasullullah.. :) Terpulanglah,kerana segala keputusan terletak di tangan anda. Anda yang tentukan, fikir-fikirkan dan selamat beramal.. :D.. Wassalam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan