Assalamualaikum, dan selamat sejahtera semuaa... Apa khabar? sihat ? atau sebaliknya? oklah, tak nak buang masa dan cerita pajang, jadi hari ini saya nak ceritakan tentang kawan.. Anda semua pasti ada kawan kan? tidak kiralah anda lelaki atau perempuan..semua tidak terkecuali.. Ok, kat sini saya nak kongsi sikit macam mana kalau kita nak tahu kawan kita ni baik atau tidak..
Pertama, kawan ni mesti orang yang mengajak kepada kebaikan, bukan kejahatan... Contohnya kalau kawan kita tu ajak kita buat sesuatu yang kita tidak suka/jahat macam menipu.. Katalah, si A ini seorang yang tidak reti menipu,tapi si B ni pandai meipu.. Satu hari, mereka berdua tidak siapkan kerja assignment, tapi pensyarah dah minta n suruh hantar assignment tersebut.. Si A ingin berterus terang dengan pensyarah ,tapi si B menghalang, malah mengajar si A untuk turut menipu sama.. Jangan, maka ini kawan yang kurang baik..
Tapi, kalau kawan kita ini seorang yang sering tanya kita sudah solat ke belum? ajak solat berjemaah dan sebagainya,maka itulah kawan yang baik dan kita selamat berkawan dengannya..
Seterusnya, kawan yang betul-betul baik, dia tidak akan ceritakan perkara buruk tentang kita pada orang lain sebab dia boleh terima segala baik dan buruk seseorang kawan tu dengan seadanya. Tapi, kalau kawan tu depan kita dia baik, tapi belakang kita, dia cerita buruk tentang kita pada orang lain, silap-silap tu dah jadi kes mengumpat dan kalau ditokok tambah perkara buruk itu, boleh jadi fitnah.. Nau'zubillahi min zaalik.. Semoga kita dijauhkan dari kawan sebegini dan kita pun tidak jadi kawan seperti ini..
Akhir sekali, kawan yang baik akan tolong kita bila kita susah.. Dia akan hulurkan bantuan seadanya walau apa jua sekalipun .. Contohnya, bila kita tidak sihat dan termuntah secara tidak sengaja di dalam bilik, maka seorang kawan ini akan menjaga kita dan dia akan lap sekali muntah kita di lantai.. Itu, betul-betul seorang kawan yang baik sebab tidak semua kawan akan buat sebegitu , dan mungkin 1 dalam seribu yang berani lap dan bersihkan muntah kita yang hanya kawannya sahaja..
Harapnya, perkongsian ini sedikit sebanyak membantu kalian untuk mengenali kawan kalian.. Tapi , kalau anda dapati kawan anda seperti tidak beberapa nak baik, jangan pula anda tinggalkan dia terus, anda cuba nasihat dan tegur dia dahulu kearah kebaikan. Kalau kawan anda terima nasihat anda, kawan dengan dia sepeti biasa, tapi jika sebaliknya, terpulang pada nda untuk masih berkawan dengannya atau tidak.. Sekian sahaja dari saya, Assalamualaikum, jumpa lagi dan jaga diri..


Tiada ulasan:
Catat Ulasan